Monday, July 1, 2013

ILMU PENGASIH

                                      ILMU PENGASIH


    Salam sejahtera kepada semua, untuk yang mempunyai masalah perhubungan rumahtangga yang teruk dan di ambang kehancuran paklong ada cara untuk membantu bagi mereka yang memerlukannya. Terlebih dahulu baca biar faham dan nanti tidak perlu hendak tanya itu ini berulang kali sebab paklong tiada masa hendak layan soalan yang sudah ada jawapannya disini. 

    Apa yang akan kita buat soal pengasih ini adalah melalui cara halus, cara halus pasti ramai sudah tahu sebagai contoh minyak pengasih,santau, nasi kangkang dan lain-lain lagi. Contoh minyak pengasih yang terkenal adalah minyak dagu bagi mereka yang berduit dan minyak buluh perindu bagi mereka yang kurang mampu walaupun hakikatnya banyak minyak dagu yang dijual bukanlah asli begitu juga dengan minyak buluh perindu yang boleh dikatakan hampir semuanya mengunakan janggut tok adam lalu berbohong mengatakan ianya adalah buluh perindu. Tetapi paklong tidak mahu hurai lebih panjang soal minyak tidak asli kerana itu mungkin cara mereka cari makan cuma caranya salah sebab berbohong.

     Sekarang ini sebelum datang minta bantuan pada Paklong pastikan kamu sudah mencuba beberapa cara seperti dibawah ini sebab paklong bukan seperti sesetenggah bomoh,dukun,pak lebai,tok batin dan banyak lagi yang akan terus suruh cuba cara perubatan mereka walaupun masih ada langkah lain yang boleh kamu cuba terlebih dahulu tanpa perlu bantuan-bantuan cara perubatan halus ini:
1 - Bawa berbincang dengan pasangan terlebih dahulu
2 - Minta tolong pihak belah mertua untuk nasihatkan pasangan kita
3 - Cara ini paling berkesan jika rumahtangga kita diganggu oleh pihak ketiga tidak kira sama ada jantan miang atau betina sundal. Kamu boleh buat aduan dijabatan agama dan pihak ketiga tersebut akan didakwa tapi pastikan kamu siapkan segala bukti termasuk mesej, gambar dan sebagainya yang boleh dibuat bukti. soal pihak ketiga akan diuruskan jabatan agama begitu juga soal kamu dan pasangan yang mana akan diberi nasihat supaya batalkan niat bercerai atau berpisah jika ada.

   Dengan 3 cara yang paklong sebutkan di atas rasanya sudah mampu menyelesaikan masalah kebanyakkan dari kamu semua tanpa perlu susah-susah hendak gunakan cara-cara halus ini semua. Cara halus ini memang menyusahkan paklong sedikit sebab ianya leceh ada pemujaan untuk mengikat dan sebagainya bergantung pada jenis yang kamu hendak. Jika kata paklong beli minyak atar di pasar malam rm5 balik letakkan akar rumput ( jika tiada janggut tok adam ) dan juai pada harga rm50 hingga rm200 dengan nama minyak pengasih buluh perindu itu kerja mudah tapi ini kita ada pemujaan-pemujaan tertentu dan di akui rumit dan leceh maka paklong lebih suka jika kamu semua boleh selesaikan masalah dengan 3 cara diatas yang paklong telah berikan. Cara ketiga paling ampuh sebab silap-silap pihak ketiga akan angkat kaki awal lagi.

     Jika kata cara penyelesaian yang paklong sebutkan diatas tetap tidak boleh membantu barulah cari paklong dan disini ada 2 kaedah dan pilih ikut kemahuan dan juga kemampuan diri sendiri. Paling penting kedua cara ini memang mengunakan bantuan khadam/jin.

Mahar RM1111
- Sediakan gambar kamu dan dia beserta nama
- bertindak supaya pasangan kembali pada kita
- memisahkan pihak ketiga dari pasangan kita
- Perkara tersebut boleh berulang dengan pihak ketiga yang lain jika memang pasangan kita jenis liar
- 1 bulan selepas selesai pemujaan untuk nampak hasil yang diharapkan

Mahar RM3333
- Sediakan gambar kamu dan dia beserta nama
- bertindak supaya pasangan tunduk setia pada kamu
- pisahkan pihak ketiga dari pasangan kita
- Kunci nafsu dan hati pasangan supaya cuma bernafsu dan cinta pada kita sahaja
- 1 bulan selepas selesai pemujaan untuk nampak hasil yang diharapkan

   Jadi itu 2 jalan/cara yang paklong boleh tolong untuk mereka yang ada masalah pasangan hidup ini, tempoh 1 bulan bukan 1 hari atau 2 hari atau 1 minggu tapi 1 bulan, Paklong tahu banyak bomoh , dukun dan sebagainya ada yang berani janji 1 hari atau 2 hari semata-mata untuk tarik perhatian mereka yang terdesak tapi bila cukup masa tiada hasil dan bila tanya dia suruh buat benda lain pula siap kena bayar mahar lagi untuk kaedah baru tersebut. Paklong tinggal di batu bertangkup perlis sahaja. Sebelum paklong tutup soal ilmu pengasih ini ada satu kaedah lagi untuk kamu yang ada masalah dengan pasangan ini iaitu cari lain yang lebih baik dan mulakan hidup baru.

Baca bagi faham dan boleh email paklong seperti dibawah jika sudah tiada jalan:

PAKLONGBOMOH@GMAIL.COM 


    



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.